Saturday, January 26, 2019

BATUK LEBIH 2MINGGU PETANDA ANDA MENGHIDAP TB

Assalamualaikum..hi semua😊
Arini I oll nak bercerita sikit tentang penyakit TB yang sekarang ni dah makin menjadi-jadi.Sebagai pekerja di hospital sememangnya menjadi satu kewajipan kepada staf farmasi untuk memakai PPE (personal protective equipment) terutama kepada pesakit-pesakit berjangkit.

Makluman dari Kementerian Kesihatan Malaysia.TB adalah penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan berdasarkan data 20 tahun kebelakangan ini, penyakit TB semakin banyak dilaporkan. 

TB adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun, jangkitan boleh berulang semula sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat ketidak-patuhan menerima rawatan TB. 

Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit TB boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB yang telah ditetapkan.  

Agen Penyakit TB dan cara jangkitan Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Jangkitan kuman TB berlaku apabila seseorang tersedut udara yang mengandungi kuman TB apabila seseorang pesakit TB batuk atau bersin dan menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman TB. Masa pengeraman selepas pendedahan kepada kuman TB sehingga menunjukkan tanda dan gejala penyakit TB adalah dari 2 minggu sehingga 10 minggu.  


Jika mengalami tanda-tanda di atas,cepat-cepat ye kawan-kawan semua untuk cek di hospital sebelum terlambat.







No comments:

Post a Comment