Tuesday, December 24, 2019

JOM BINA RODA KEHIDUPAN KITA


WHEEL OF LIFE RASYIQAH

1.Perjuangan menjadi seorang hamba yg direhai Allah,mengislahkan diri ikhlas keranaNya.Perlu improve dari segi keROHANIan

2.Perjuangan menjadi seorang yg byk manfaat  BERBAKTI kepada orang lain terutama parents beri bulanan wang,belikan barang keperluan

3.Perjuangan menjadi seorang dermawan utk membantu orang lain yg memerlukn (tahfiz,anak yatim)

4.Perjuangan menuntut ilmu,faham & amal serta berkongsi dengan masyarakat yg lain serta menjadi INSPIRASI kepada yg lain

5.Perjuangan melakukan sesuatu sehingga berjaya..wlaupun dikatakan lambat..walaupun kdg2 down.. walaupun rasa nak giveup ..Tapi take its as challenge sehingga betul2 BERJAYA

6.Perjuangan utk jaga kesihatan ditahap optimum..Makan makanan yg berkhasiat & fit  semua tu perlu utk KESIHATAN yg maintain untuk kita kekalkan momentum

7.Perjuangan utk rasa BAHAGIA..keep mind positive..kelakuan,cara kita fikir,cara kita cakap akan memberi impak apa yg kita rasa

8.Perjuangan untuk menjadi KAYA.Sumbangan tanpa rasa ragu.

9.Perjuangan untuk menjadikan hubungan UKHWAH sesama muslim adalah hanya kerana Allah..tiada niat lain..rasakan perhubungab dgn 'belum muslim 'pun adalah saudara

10.Perjuangan  'FREEDOM OF TIME'..perjuangan untuk melakukan apa yg kita suka bersama siapa yg kita suka pada bila2 masa yg kita suka

Saturday, January 26, 2019

BATUK LEBIH 2MINGGU PETANDA ANDA MENGHIDAP TB

Assalamualaikum..hi semua😊
Arini I oll nak bercerita sikit tentang penyakit TB yang sekarang ni dah makin menjadi-jadi.Sebagai pekerja di hospital sememangnya menjadi satu kewajipan kepada staf farmasi untuk memakai PPE (personal protective equipment) terutama kepada pesakit-pesakit berjangkit.

Makluman dari Kementerian Kesihatan Malaysia.TB adalah penyakit berjangkit kedua tertinggi yang direkodkan di Malaysia dan berdasarkan data 20 tahun kebelakangan ini, penyakit TB semakin banyak dilaporkan. 

TB adalah penyakit berjangkit bawaan udara yang boleh diubati, walau bagaimanapun, jangkitan boleh berulang semula sekiranya pesakit tidak mematuhi rejim rawatan TB dan menyebabkan rintangan kuman TB terhadap pelbagai ubat TB akibat ketidak-patuhan menerima rawatan TB. 

Dalam keadaan yang paling teruk, penyakit TB boleh menyebabkan kematian apabila pesakit tidak mengambil perhatian serius untuk merawat dan mematuhi tempoh rawatan TB yang telah ditetapkan.  

Agen Penyakit TB dan cara jangkitan Penyakit TB disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Jangkitan kuman TB berlaku apabila seseorang tersedut udara yang mengandungi kuman TB apabila seseorang pesakit TB batuk atau bersin dan menghembus keluar titisan air yang mengandungi kuman TB. Masa pengeraman selepas pendedahan kepada kuman TB sehingga menunjukkan tanda dan gejala penyakit TB adalah dari 2 minggu sehingga 10 minggu.  


Jika mengalami tanda-tanda di atas,cepat-cepat ye kawan-kawan semua untuk cek di hospital sebelum terlambat.







PETUA HILANGKAN BATUK BERKAHAK UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK

Assalamualaikum semua..
Mesti mommies & daddy mesti pening kan kalau anak-anak tak sihat..Nak2 kalau berpakej..Selsema ,batuk & demam..memang runsing dibuatnya..

So..sini saya nak share petua untuk hilangkan batuk berkahak khususnya untuk bayi & kanak-kanak..

Sebagai parents semestinya kalau bole memang taknak kan bagi anak makan ubat terlalu kerap.Dulu ingat anak pertama dulu start dari umur 1 tahun semenjak masuk ke taska,memang kerap sangat admit hospital sebab bronchiolitis.Boleh dikatakan setiap 4-5 bulan.Setahun kadang2 lebih 4 kali admit.Aduih..bayangkan uolls..Nasib baiklah umi nyer ni keje kat hospital swasta dot3..jadi senanglah umi nak bergilir dengan abi take turn menjaga..kebetulan pulak tempat kerja abi pun dekat sengan hospital..memang time tu hospital dah macam rumah kedua kami dah..disebabkan tak lalu dah nak admit,kami decide untuk beli mesin nebuliser untuk stanby kalau perlu ambil neb lagi lepas ni..rm300+ jugak lah mesin tu..redha je lah sebab da terlalu kerap admit dan dah tak sanggup nak bermalam di hospital dah..

Namun semenjak umi da konsisten sapu balm CFRUB BALM dari Tasneem Naturel, alhamdulilah dengan izin Allah abang ammar dah tak pernah admit dah.Memang sentiasa je ade stok kat rumah ni.Alhamdulilah,so far ubat batuk dah memang tak minum dah & MDI pun boleh dikatakan pakai dalam tempoh 2 bulan tu 1 @2 kali je pkai..Walaupun uminyer kerjaya sebagai pembantu farmasi,memang kalau boleh taknak jadi amalan asal batuk je minum ubat

Memang jatuh cinta sangat dengan CF rub balm ni.

Masih belum terlambat nak cuba tau mommies 😉 baru bar cuba pada anak 5 tahun pun belum terlambat.Saya nak share dengan uolls ni.

Klik 👇untuk cuba